Monday, January 24, 2011

Jalan Meraban ke Tasik Perdana

Akibat bosan dengan taman dekat rumah, maka kami cekalkan hati, tunggangkan minyak dan tanamkan semangat untuk cari port lepak yang baru. Di hati teringat, boleh makan petang di Tanglin maka kami pun menuju ke Tasik Perdana atau nama popularnya Lake Gardens.


Taman Rama-rama pernah jenguk, Taman Tugu Negara dah sampai, Taman Burung nampak menarik.. alamak mahal pulak RM20 satu kepala. "Mari kita harung ajelah." Selepas parkir kereta di hadapan Taman Burung, kamipun mula mengukur jalan. Nama aje orang KL, jejak Tasik Perdana setahun sekalipun susah.



Di atas: Antara tempat yang tak pernah nak khatam hingga ke hari ini.

Tiba-tiba kami nampak kelibat seorang ibu bersama dua orang anaknya, seorang terkedek-kedek baru belajar berlari dan yang seorang masih hingusan lagi. Si ibu jalan tergesa-gesa membawa sebuku roti, anak-anak mengekor di belakang.

Kamipun turuti mereka, musykil agaknya roti tu nak dijadikan juadah bagi siapa. Oh, rupa-rupanya ke Taman Rusa atau nama glamornya Deer Park.







Gembiralah kami kerana dapat berjumpa tempat lepak yang baru. Dapat bersua makhluk yang manja, yang bisa dijamu roti mahupun sayur bila ketemu lain kali. Masuk percuma pulak tu .. he he.


Dan.. yang bagusnya, ternampak pulak SEGWAY ni untuk disewa RM20/jam. Lain kali saya pasti datang lagi!

No comments:

Post a Comment