Monday, September 20, 2010

Pejabat Saham

Orang KL mesti perasan bangunan ini, bangunan yang betul-betul terletak di bahu Jalan Tun Razak di tengah-tengah ibukota. Bangunan yang tersergam megah di sisi sebuah tabung gergasi, bangunan yang menempatkan sebuah badan pelaburan yang terpenting di negara kita, cuba teka .. ahhaa PNB!

Seingat saya, memang belum pernah jejak kaki ke sini tapi kelmarin dapat peluang jadi supir bawa orang tua ke sini untuk menyelesaikan urusan sijil saham.


Nak pandu masuk kena ikut jalan belakang tapi parkir percuma sahaja.
Untungnya semalam :) pengawal keselamatan suruh letak kereta di lot bertanda PENGARAH.

Bila urusan selesai, mak tanya "Mengapa letak kereta kat lot Pengarah ni?"

Jawab saya "Dah Pak Guard suruh .."
Her name is **Sugar**



Satu hari di hari raya
Ziarahi saudara-mara
Sungguh tak sangka berjumpa dia
Redup mata gebu bulunya.


Satu hari di hari raya
Bermaafan sesama insan
Yang satu ini takkan kulupa
Pemalu.. manja.. kuat makan!

He he he :)

Wednesday, September 1, 2010

Masjid Ternama Kerana Namanya


Digelar Masjid Besi kerana binaannya terkandung 70 peratus besi dan selebihnya konkrit. Nama asalnya Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, dirasmikan pada 11 Jun 2010 dan terletak di Presinct 3, Putrajaya. Masjid yang berharga RM200 juta ini merupakan masjid yang unik kerana ia telah direkabentuk agar tidak memerlukan sebarang kipas atau penghawa dingin tetapi menggunakan teknologi gas penyejuk udara.


Saya menjejak kaki ke sini buat pertama kali pada malam ke 22 Ramadhan, Alhamdulillah.

Pemandangan dari Dewan Solat yang berkonsep terbuka.




Masjid Putrajaya boleh dilihat dengan jelas dari ruang solat ini, kerana lokasi kedua-dua masjid bersetentangan.


Gambar cuma dapat diambil menggunakan N82 Nokia yang bengkak dan uzur tapi masih setia berjasa.


Teman ..

Ada lagi teman yang lain.