Monday, October 11, 2010

Projek Qurban 2010 untuk Palestin

Assalamualaikum wrt. wbt.
Semoga semua pembaca sentiasa berada ditaburi nikmat dan rahmat Allah swt.
Mari kita bersama-sama menyertai Projek Qurban 2010 untuk Palestin yang dianjurkan oleh Aman Palestin. (klik pautan untuk menyertai korban).


"Assalamualaikum,
Semoga anda semua sentiasa mendapat keberkatan di sisi Allah.
Sukarelawan yang dihormati, anda telah berjaya di daftarkan di bawah sukarelawan Aman Palestin, semoga niat baik saudara/ri tidak akan dipersia-siakan Allah.
Dalam masa terdekat ini AP sedang mengadakan projek Sadaqah Qurban Palestin 2010, harapan kami agar dapat dipanjangkan kepada sesiapa yang berkenaan untuk sama-sama menjayakan projek ini. Borang penyertaan boleh di dapati di laman web dalam sehari dua ini atau email kepada kami agar dapat dihantar salinannya. Sekian terima kasih.

Sadaqah Qurban ~ Aman Yang Berterusan Sejak 1427H ~ Dengan hanya RM350

Apakah sadaqah Qurban adalah sejenis sedekah, ia dikaitkan dengan ibadah korban kerana sumbangan tersebut akan digunakan untuk membeli haiwan korban dan disembelih pada Hari Raya Aidil Adha untuk diagihkan kepada rakyat Palestin.

Orang yang memberi sedekah ini diberi – insya Allah – pahala ‘wajib’ kerana sumbangan disalurkan kepada orang yang layak dan sangar memerlukan. Tabaru’ (sumbangan sunat) kepada rakyat Palestin adalah wajib mengikut fatwa ulama’ muktabar:
Al-Qardawi;
“Saya berpendapat membantu saudara kita di Palestin bukanlah sedekah sunat, bahkan ianya kefarduan yang wajib dan tugas yang mesti dilaksanakan ke atas ummah”.

Dr. Wahbah Zuhaili;
“dalam waktu sekarang ini para penduduk Gaza menjadi golongan utama untuk mendapat haiwan dan daging korban disebabkan keadaan mereka yang tengah ditimpa krisis… hal ltersebut dihukum syib(menyerupai) wajib”.

Syeikha Faisal Maulawi (Timbalan Presiden Majlis Mufti Eropah, ulama terkenal Lubnan)
“boleh jadi ia adalah wajib iaitu menolong saudara-saudaranya yang sedang berjihad”.


Dr. Farid Wasil (mantan Mufti Besar Mesir)
“Saya menyatakan bahawa penyaluran haiwan korban saat ini untuk masyarakat Gaza hukumnya wajib sewajibnya”.

Kenapa diwujudkan program ini ?
Rakyat Palestin adalah umat Islam yang hidup menderita akibat kekejaman rejim Zionis. Konflik yang berlaku membuat mereka dalam situasi yang amat terdesak dan lebih memerlukan kepada sumbangan haiwan korban.
Kemungkinan banyak pihak yang tidak mampu membeli bahagian dan haiwan korban di Palestin kerana harganya yang tinggi, untuk menyelesaikan masalah ini pihak Aman Palestin Berhad mewujudkan program khusus iaitu “Sadaqah Qurban”.

Anda boleh membantu menyediakan haiwan korban bagi rakyat Palestin dengan menyertai Sadaqah Qurban.

Faedah;
1- Orang yang memberi sedekah ini akan mendapat ganjaran pahala yang amat besar berdasarkan fatwa ulama muktabar.
2- Rakyat Palestin tetap boleh menerima bahagian daging korban seperti umat Islam yang lain.

Harga Penyertaan Bagi setiap penyertaan Sadaqah Qurban hanya RM350 sahaja.
Pihak kami mengalu-alukan penyertaan pihak tuan/puan.


AMAN PALESTIN BERHAD"  <-- Klik pautan ini untuk mengenali penganjur lebih lanjut