Monday, October 11, 2010

Projek Qurban 2010 untuk Palestin

Assalamualaikum wrt. wbt.
Semoga semua pembaca sentiasa berada ditaburi nikmat dan rahmat Allah swt.
Mari kita bersama-sama menyertai Projek Qurban 2010 untuk Palestin yang dianjurkan oleh Aman Palestin. (klik pautan untuk menyertai korban).


"Assalamualaikum,
Semoga anda semua sentiasa mendapat keberkatan di sisi Allah.
Sukarelawan yang dihormati, anda telah berjaya di daftarkan di bawah sukarelawan Aman Palestin, semoga niat baik saudara/ri tidak akan dipersia-siakan Allah.
Dalam masa terdekat ini AP sedang mengadakan projek Sadaqah Qurban Palestin 2010, harapan kami agar dapat dipanjangkan kepada sesiapa yang berkenaan untuk sama-sama menjayakan projek ini. Borang penyertaan boleh di dapati di laman web dalam sehari dua ini atau email kepada kami agar dapat dihantar salinannya. Sekian terima kasih.

Sadaqah Qurban ~ Aman Yang Berterusan Sejak 1427H ~ Dengan hanya RM350

Apakah sadaqah Qurban adalah sejenis sedekah, ia dikaitkan dengan ibadah korban kerana sumbangan tersebut akan digunakan untuk membeli haiwan korban dan disembelih pada Hari Raya Aidil Adha untuk diagihkan kepada rakyat Palestin.

Orang yang memberi sedekah ini diberi – insya Allah – pahala ‘wajib’ kerana sumbangan disalurkan kepada orang yang layak dan sangar memerlukan. Tabaru’ (sumbangan sunat) kepada rakyat Palestin adalah wajib mengikut fatwa ulama’ muktabar:
Al-Qardawi;
“Saya berpendapat membantu saudara kita di Palestin bukanlah sedekah sunat, bahkan ianya kefarduan yang wajib dan tugas yang mesti dilaksanakan ke atas ummah”.

Dr. Wahbah Zuhaili;
“dalam waktu sekarang ini para penduduk Gaza menjadi golongan utama untuk mendapat haiwan dan daging korban disebabkan keadaan mereka yang tengah ditimpa krisis… hal ltersebut dihukum syib(menyerupai) wajib”.

Syeikha Faisal Maulawi (Timbalan Presiden Majlis Mufti Eropah, ulama terkenal Lubnan)
“boleh jadi ia adalah wajib iaitu menolong saudara-saudaranya yang sedang berjihad”.


Dr. Farid Wasil (mantan Mufti Besar Mesir)
“Saya menyatakan bahawa penyaluran haiwan korban saat ini untuk masyarakat Gaza hukumnya wajib sewajibnya”.

Kenapa diwujudkan program ini ?
Rakyat Palestin adalah umat Islam yang hidup menderita akibat kekejaman rejim Zionis. Konflik yang berlaku membuat mereka dalam situasi yang amat terdesak dan lebih memerlukan kepada sumbangan haiwan korban.
Kemungkinan banyak pihak yang tidak mampu membeli bahagian dan haiwan korban di Palestin kerana harganya yang tinggi, untuk menyelesaikan masalah ini pihak Aman Palestin Berhad mewujudkan program khusus iaitu “Sadaqah Qurban”.

Anda boleh membantu menyediakan haiwan korban bagi rakyat Palestin dengan menyertai Sadaqah Qurban.

Faedah;
1- Orang yang memberi sedekah ini akan mendapat ganjaran pahala yang amat besar berdasarkan fatwa ulama muktabar.
2- Rakyat Palestin tetap boleh menerima bahagian daging korban seperti umat Islam yang lain.

Harga Penyertaan Bagi setiap penyertaan Sadaqah Qurban hanya RM350 sahaja.
Pihak kami mengalu-alukan penyertaan pihak tuan/puan.


AMAN PALESTIN BERHAD"  <-- Klik pautan ini untuk mengenali penganjur lebih lanjut

Monday, September 20, 2010

Pejabat Saham

Orang KL mesti perasan bangunan ini, bangunan yang betul-betul terletak di bahu Jalan Tun Razak di tengah-tengah ibukota. Bangunan yang tersergam megah di sisi sebuah tabung gergasi, bangunan yang menempatkan sebuah badan pelaburan yang terpenting di negara kita, cuba teka .. ahhaa PNB!

Seingat saya, memang belum pernah jejak kaki ke sini tapi kelmarin dapat peluang jadi supir bawa orang tua ke sini untuk menyelesaikan urusan sijil saham.


Nak pandu masuk kena ikut jalan belakang tapi parkir percuma sahaja.
Untungnya semalam :) pengawal keselamatan suruh letak kereta di lot bertanda PENGARAH.

Bila urusan selesai, mak tanya "Mengapa letak kereta kat lot Pengarah ni?"

Jawab saya "Dah Pak Guard suruh .."
Her name is **Sugar**



Satu hari di hari raya
Ziarahi saudara-mara
Sungguh tak sangka berjumpa dia
Redup mata gebu bulunya.


Satu hari di hari raya
Bermaafan sesama insan
Yang satu ini takkan kulupa
Pemalu.. manja.. kuat makan!

He he he :)

Wednesday, September 1, 2010

Masjid Ternama Kerana Namanya


Digelar Masjid Besi kerana binaannya terkandung 70 peratus besi dan selebihnya konkrit. Nama asalnya Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, dirasmikan pada 11 Jun 2010 dan terletak di Presinct 3, Putrajaya. Masjid yang berharga RM200 juta ini merupakan masjid yang unik kerana ia telah direkabentuk agar tidak memerlukan sebarang kipas atau penghawa dingin tetapi menggunakan teknologi gas penyejuk udara.


Saya menjejak kaki ke sini buat pertama kali pada malam ke 22 Ramadhan, Alhamdulillah.

Pemandangan dari Dewan Solat yang berkonsep terbuka.




Masjid Putrajaya boleh dilihat dengan jelas dari ruang solat ini, kerana lokasi kedua-dua masjid bersetentangan.


Gambar cuma dapat diambil menggunakan N82 Nokia yang bengkak dan uzur tapi masih setia berjasa.


Teman ..

Ada lagi teman yang lain.

Friday, August 13, 2010

dontfeellike

dontfeellikewritingdontfeellikeblogging
ifikeepwritingillwriteheapsofgarbage
sothankmeforisaveyouthetriptothedumpster
therellalwaysbetomorrow
abettertomorrow.....
ciao!

Monday, August 2, 2010

Terminal Bas Bukit Jalil

Kalau berpuluh-puluh bas berlepas dari Terminal Bas Sementara Bukit Jalil setiap hari maka berpuluh-puluh ekor ulat turut menyerikan bahkan memeriahkan terminal bas tersebut dengan setia. Ulat-ulat ini bukan ulat biasa, tetapi ulat yang boleh berkata-kata kerana dilahirkan sebagai manusia.

Aduan Rakyat TV3 episod 28 Julai 2010 telah memaparkan aduan berkenaan ulat tiket bas di Terminal Bas Sementara Bukit Jalil. 
Tapi bila terjumpa ulat-ulat ini biasanya saya akan pekakkan telinga, pandang sebelah mata, senyum dan terus jalan laju-laju ke destinasi.

Rangkaian perkhidmatan bas terbesar, Transnasional, terletak di platform hujung berdekatan gerai dan berbumbung bagi memudahkan orang ramai menunggu dengan selesa. Kalau hujan lebat, terminal ini mungkin jadi sedikit huru-hara kerana bumbung sementara cuma sedikit.

To those who haven't been here, Bukit Jalil Bus Terminal is within 5 minutes walking distance from STAR LRT Bukit Jalil. Have a pleasant trip! Bon voyage!

Thursday, July 29, 2010

अनोठेर रेसोर्ट


Puteri Resort in Ayer Keroh, Melaka. It has great pools, great outdoor landscape for great outdoor activities.


There are two kiddy pools with slides,even baby slides.
Awesome!